AeroGo Product Information for Malay

KENDALIKAN BEBAN PERINDUSTRIAN YANG BERHARGA DAN SENSITIF SECARA MUDAH DENGAN LERENG-LERENG UDARA, BICU UDARA DAN PALET UDARA AEROGO

AeroGo – Peneraju teknologi lapisan udara penampung beban kepersisan

AeroGo adalah penyelesaian pengendalian dan pengalihan bahan yang dipercayai oleh perniagaan di merata dunia kerana kekuatannya, ketelitiannya, keandalannya dan kejituannya. AeroGo menyediakan penyelesaian pengalihan beban yang terpiawai dan dihasilkan mengikut keperluan khusus. Sebagai pilihan yang terbukti tepat bagi beban bayar yang sangat sensitif dan teramat berat, lereng-lereng udara AeroGo mengalihkan beban antara 500 paun hingga melebihi 5,000 tan dengan selamat dan jitu bagi industri ruang angkasa, ketenteraan, bilik bersih, tali-temali, perkakasan, perkilangan, kertas, rumah bermodul dan penjanaan kuasa.

Beritahu kami apa yang perlu anda alihkan dan biarlah AeroGo tunjukkan anda caranya.

Lereng-lereng udara dan sistem lapisan udara oleh AeroGo menawarkan kelebihan yang nyata berbanding pengendalian bahan cara tradisional

Geseran yang Sangat Sedikit – Lereng-lereng udara meniadakan geseran dan ini amat memudahkan pengalihan beban yang berat-berat.

Pergerakan Semua Arah – Lerang-lerang udara meniadakan keperluan untuk menyediakan rel dan roda; anda hanya perlukan laluan tanpa halangan

Tidak Merosakkan Lantai – Lereng-lereng udara dapat mengapungkan walau beban yang paling perat sekalipun, jadi lantai tidak tercalar, terpecah atau terkopek. Anda akan banyak menjimatkan kos kerana kerja mencuci, menyelenggarakan dan membaiki lantai semuanya dikurangkan.

Profil Rendah – Anda boleh memasuki ruang yang sempit, rendah dan sukar dilalui dengan mudah sekali

Sistem Pengalihan Beban Lapisan Udara Mampu Menepati Apa Jua Keperluan

Penyelesaian Khusus:

Penyelesaian yang dihasilkan khususnya untuk gerakan yang sama ada sangat berat, bertoleransi rendah, kekok atau amat sukar disediakan oleh kakitangan kejuruteraan dalaman – pertama dalam industri yang telah disediakan oleh AeroGo sejak tahun 1967. Produk AeroGo diedarkan ke seluruh dunia menerusi rangkaian peniaga yang diluluskan. Sokongan lapangan disediakan oleh pekerja syarikat serantau.

Kepatuhan kepada ISO:

Produk AeroGo mematuhi piawaian mutu ISO9001:2008.

Baru Mengenali Lereng-lereng Udara Aero-Caster?

Ketahui lebih lanjut tentang lereng-lereng udara atau teknologi penampungan udara dan tontonlah video yang menayangkan kegunaan lereng-lereng udara.

Air Caster Products

 Click on an aero caster  product name to
 visit product's page.  Animations open in
 a pop-up window.

 Load Modules
 AirShuttle
 Air Plank
 Roll Handling
 Air Jack
 Auxiliary Lift
 Custom Products
 Accessories

 Click here to download  Adobe's Flash
 Player plug-in and please  be sure to disable any  pop- up blockers